Sayang Kamu

6/26/11

Jangan Berjanji Andai Tidak Ditepati

Teguran , kritikan serta nasihat yang disuarakan oleh seorang sahabat perlu anda berikan perhatian. Jika anda benar-benar menyayangi dan menghargai erti sebuah ikatan persahabatan, anda perlu lakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan. Dengan itu kepada anda yang bergelar sahabat kepada seorang sahabat, maka renung-renungkanlah tip yang diberikan ini…

Tips1 : Tempatkan Diri Anda Ditempat Sahabat

Bagaimana rasanya apabila diri anda ditipu dan ditaburi janji-janji kosong oleh seorang sahabat? Pastinya anda merasakan diri anda seolah-olah dikhianati. Tentu menyakitkan bukan? Lambat-laun setelah kesabaran berada dipuncaknya, sudah tentu kepercayaan anda terhadap sahabat akan beransur-ansur pudar. Jadi sebaiknya, anda sentiasa menempatkan diri anda berada dalam situasi sahabat anda itu.

Tips2 : Kenal Pasti Kesilapan

Cuba anda senaraikan penyebab kepada kegagalan mengotakan janji terhadap seorang sahabat di masa lalu. Mungkin dengan cara ini anda dapat tahu kesilapan yang anda lakukan. Dengan cara ini juga anda tidak akan terus dipersalahkan oleh sahabat kerana anda senridi tidak bermaksud dengan sengaja membuat janji-janji kosong terhadap sahabat.

Tips3 : Saling Ingat Mengingati

Anda dan sahabat perlulah saling mengingati agar masing-masing tidak tersasar dari landasan atau mattlamat persahabatan yang sebenar. Tegurlah sahabat anda untuk mengingatkan akan janji-janji yang pernah anda suarakan sebelum ini. Kalau boleh senaraikan janji yang pernah dilafazkan. Biasalah, sebagai manusia biasakita memang tidak dapat lari daripada sifat pelupa.

Tips4 : Susuli Niat Dengan Tindakan

Setiap niat atau misi yang anda cipta memerlukan tindakan segera. Sikap pantas bertindak mampu mengatasi diri anda daripada terus dibelenggu dengan permasalahan sebegini. Mulakan perubahan secara perlahan-lahan agar sahabat sedar dan menghargai usaha dalam memperbaikihubungan persahabatan itu.

Tips5 : Berfikir Sebelum Berjanji

Berfikirlah dulu sebelum menabur janji! Anda perlu berfikir dan menilai sama ada janji yang anda taburi itu mampu atau tidak dilaksanakan. Skiranya anda masih ragu-ragu, sebaiknya anda jangan memberikan sebarang harapan kepada sahabat kerana jika anda gagal untuk menepatinya, ia tnetu menyakitkan dan bolehmenyinggung perasaan sahabat anda.

4 comments:

. said...

yup ! jngan berjanji . berdosa kalau lnggar jnji :)

fisya sabri said...

ya...sungguh sakit sekali apabila kita di mungkiri janji...

Sang Pencinta said...

hehehhe... saya banyak kawan tapi sahabat makin berkurang...

semuanya aku yang lari... biarlah kawan sahaja.. sahabat terlalu tinggi nilainya.. aku takut bersahabat sebab aku nilaikan ia terlalu tinggi..

fisya sabri said...

betol2...susah btol cari sahabat, tp kawan brada d mana2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...