Sayang Kamu

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

11/18/11

Eh kaw! Jgn Main Pakai Jerkkk



eermmm...cantik x, klu wat baju kawin padanan warna purple ngan coklat?? tp kedua-dua warna da berat cam xsesuai la klu nak d padankan kan, btl x?! xbrseri la majlis kawin tu nant klu guna padanan warna yg tak sesuai camtu...wlupun coklat sering kali d kaitkan dengan warna pepel, spt cadbuary...errrmm sdpnyeeerrrr

hehehe, bukan bju tuk kawin lew...baju yg kak lang pkai arini, baju coklat tp tudung pepel, match keW..kak lang sndri tgk xmatch...hahaha, sembrangan jerk pkai bju yerkkk klu bespren kak lang tau kak lang pkai bju camni cmfirm di suh tukar blik, tp skrg ktorg sume duk jauh...sapa g nk tgur kak lang klu kak lang wat silap..huhu

attn:
1. jgn pakai baju yang tak sesuai spt warna tudung tidak padan dengan baju

2. terlalu besar atau terlalu kecik(nnt nampak babat)

3. jgn beli bju warna terang sgt..

pkai la ikut kesesuaian ye, sbb ianya kerana..akan mmbuatkn org pandang semacam jerk kat korg, bes ke jadi bahan perhatian org, camtu...mestila xkan, so jgn la jadi badut d tgh padang ye

nota tangan: siapa kaw mo judge org, huh!

11/16/11

Geli la weeyyhhh!!

assalamualaikum...

seminggu leih jgk la kak lang x update blog ni kan...errmm, kybord tu blum ok lagi, nak bli yg baru xde masa plak nak g lowyat tu, kat opis jela kak lang curik2 masa update blog neh.

eh! ap plak yg kak lang geli tu, haaaa...korang ad fb kan, banyak kan dak2 pompuan skrg ni yg bukn takat post gmbr2 seksi, malah da berani da post gmbr2 bogel...astagfirullah haladzim........ap nak jadi la tapi kan, dorg tak malu ke nak amik gmbr2 camtu eyh?! errmmm mesti la tak kan, sbb klu dorg malu xkn ad gmbr2 yg camtu, geli la weeyyhh!!! geli oke!!

dah la yang empunya gambar dapat dosa, yg nengoknye pon dpt dosa sama gak...huhu, kak lang tgk tu trus spam, malas nak komen or like gmbr2 camtu oke!! buang masa nk cari publisiti murahan kat situ.

haaa ni lagi satu, kepada dak2 pompuan...berhati-hati la bila nak upld gmbr korang kt laman sosial ni oke, silap2 ari bulan da kena curik..pas da kena baru padan muka, amekaw!! huhu..

ok serius nak bgtau ni, sebijak mana pon anda untuk tidak meng"approve"kan atau meng"add"kan org2 yg mengeksploitasikan gambar gadis yg seksi2 ni, mereka ttp ada car untuk mendapatknnya wlu dgn apa cara sekali pun...

so peringatannya, jgn sembarangan je korg upld gmbr "paling cantik korang tu ye" terutama kpd gadis2 yg "cantik2 tu" cantik la sgt kan~~

...beringat sebelum kena, ni tak.. sudah terhantuk baru terngadah...

nota tangan: seb bek kak lang da buang & privatekn gmbr kak lang lam fb tu, huhu bahaya~

10/30/11

Jom Tambahkan Kekayaan

assalamualaikum...

huh!! td da wat entri panjang2, last2 masa publish tu jadi len plak, hampeh nyer blog..sllu sabotaj!

k la, cara nak tmbh kekayaan ni ad bnayak cara, tp yang kak lang nak cita ni bukan kekayaan harta benda oke, bukan! tapi ni kekayaan semula jadi yg ada pada diri sndri...iaitu;

budi bahasa, kita kan org melayu mestilah kaya dengan budi bhasa...btul x? sekedekut mana pun seseorang tu, selagi dia org melayu or org malaysia, selagi itu dia kaya dgn budi bahasa...kaya jgk la tu kan...

senyuman...setiap org pasti akn senyum sekali dlm setiap hari, btul x? ke korang xpernah senyum wlau sekali pun seumur hidup nih?! kalau kita sentiasa senyum tu msti org kater kita ni kaya dgn senyuman, & smua org plak suka kat kita...pastu kita leh jadi kaya kawan, pergi mana pun org suka je kat kita, btul x?!

kuarga, hehehe sape yg xde kuarga...selagi kita duk malaysia ni jgn ckp la kita xde kuarga, sume ni kuarga kita kan..kan...kan... so kita kaya kuarga jgk la, k..

jgn pernah sesape ngaku dia miskin oke!...semua ad kekayaan memasing ye

errmmm, k tu je la stkt ini...nak g mandi jap

10/29/11

Tindakan Apabila Tiket Habis


apa tindakan anda bila tiket yang anda impikan selama ini HABIS! tak kisah la tiket jenis apap pun, tiket wayang ka...tiket tgk bola ka...whtevr la! KECEWA oke!

ni situasi untuk org yg nak balik kampung & tiada kenderaan sendiri: untuk mengatasi rasa kecewa ini, pastikan anda tidak mencari inisiatif lain spt bunuh diri, atau pun mengamuk satu kampung...

1, bawa bertenang..jgn salahkan diri, tp salahkan org yg jual tiket tu sbb jual tiket sket jak

2, cuba ingat siapa yang balik kampung sekali dengan anda, tak kisah la dia tu musuh lama ka, musuh baru ka...tebalkan muka tumpang dia balik kampung, tapi pastikan dia ada kenderaan sendiri ok, sbb kalau xde 2x5 sama jgk dgn anda la tu...

3, errrmmm, kalau da xde pilihn lain...trpksa la anda menerima rasa kecewa sbb tak dpt balik kampung tu oke!

nota kaki: uwaaaa...cmna ni, tiket abis sudah!! mok balik dungun...

10/28/11

Tips Hilangkan Stress

assalamualaikum...

korang pernah x, rasa nak luahkan perasaan tapi rasa xde siapa pun yg boleh dipercayai...tu sememangnya perkara biasa,

berikut ada beberpa cara yang anda boleh guna untuk meluahkn persaan itu..ataranya

1. tulis segala msalah anda d ats kerts...kemudian lenypkannya, kalau korng rajin dan lagi kreatif, poskan pd sesiapa yang d tidak kenali (idea bijak kan, kah kah kah) klu korg ni suka tulis diari...ha, tulis la dlm tu

2. blogging cam kak lang ni...hehehe, tulis la apa pun...biar org level anda sesiapa pun, itu hak korng dan blog tu d daftar atas nama korang, so pepandai la wat ap yg korg suka...hahahaha (gelak jahat!)

3. ad youtube x??..klu xde buat la account youtube ye, free jak sayang...nda* bayar pun, sudah itu...buat la video luahan perasaan korg tu bebanyak, rasa kecewa ka...sukati la, kombinasi lagu dan kata-kata power rangers korg tu akan membuatkan kamu feel free from evrytng, fiiiuuuhhhh~~lega...

4. banyak cara lagi, ni sebahagian yg kak lang biasa buat la..korang plak cmna?! d bawah ni kak lang shre laa one of my luahan perasaan...hikhikhik, dengan penuh emosi masa making video ini


siap je video luahan perasaan ni rasa lega sesangat...
 *tidak / tak 

10/26/11

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.

sharing is caring kan...so, oleh itu...kak lang jumpa info ini dalam fb & telah me'gongsi'kan kepada anda semua...boleh la kita amalkan yee

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

Permata Biru

jadilah seperti permata nan indah, jangan la jadi seprti kaca...sekali terhempas, pecah berderai, sudahnya apa pun xdak!

eh ap kak lang merepek nih...hehehe, xde la saje je ni...ok, utk mnjadikan topik ini sbg entri yg bermakna jom kak lang kongsikan teori dan pendapat kak lang tentang permata nan indah itu dengan kaca, jika di bandingkan dengan manusia...

manusia itu jika dibandingkan dengan permata nan indah sungguh terBAEKlah kan...sbb, permata itu da la mahal, cantik plak tu.baling kat dinging comfirm dinding tu yang pecah...sedangkan org nk melombong minyak pun guna batu permata, cuba bayangkan betapa keraasnya permata tu.

cuba bayangkan, hati anda sekeras batu permata itu sudah pasti apa pun yang berlaku pada diri anda, anda akan tetap teguh berdiri...melawan menongkah arus yang ganas, berdiri gagah dengan menegakkan keadilan dan kebenaran, ataupun seseorag yang sungguh tabah menghdapi segala cabaran dan dugaan.

tapi cuba bayangkan pulak, kaca itu...dia tidak bernilai malahan mudah pecah, jatuh sket je da pecah...andainyaaa hati anda sekeras kaca, memang sukar untuk anda menongkah arus kehidupan yang lebih deras dan ganas dari arus sungai serta lautan yang bergelora itu.

hehehe, skrg ni banyak sgt kan 'cobaan' cthnya, ayat2 sentap kat fb tu...ha!! cane korang nak face it klu hati korang serapuh kaca???... sentap sana, sentap sini...last2 gaduh, tak baik tau gaduh2 ni...kita d galakkan untuk menjalinkan silaturrahim sesama kita, bukan bermusuhan...

oleh itu, keraskan la hati mu untuk kehidupan yang lebih maju...ok

10/19/11

Cara Pemakanan Rasululullah

cara pemakanan rasululullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.


Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalka

10/15/11

Petua Murah Rezeki

hanya berkongsi sedikit ilmu yang telah dikongsikan oleh teman-teman fb petua murah rezeki dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu… Berdasarkan Hadith Nabi :

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

10/14/11

Kod Warna

assalamualaikum...


haaa, bagi yang suka sangat edit blog tu cam kak lang ni, sini kak lang nak sharing is caring ttg kod-kod warna yang korang suka;


klik kat link ni, korang bleh jmumpa warna, dan kod sekali...selamat mewarna-warnikan blog anda ^^

10/13/11

Tugas Seorang Pendengar

assalamualaikum...

apa sebenarnya tugas seorang pendengar?! bes ke wat keje pendengar tu?! gaji gred berapa?! kontrak ke permenant?! sapa boleh apply?!

tugas seorang pendengar ni senang je, tp kadang-kadang ianya akan jadi sgt sukar. tugas ni takda gaji, dan ianya adalah tugas sukarela yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang sanggup mendengar sebarang masalah drpd orang-orang yang mahu meluahkan perasaannya. tak kisah la perasaan tu sedih ka...gembira ka..atau sesangat gembira. semua orang ada mempunyai cerita masing-masing, dan sesiapa pun suka untuk bercerita tentang kisah mereka tu, lebih-lebih lagi kalau cerita tu sesuatu yang membuatkan mereka sangat-sangat berbangga...

anda patut berbangga tau jika anda pernah atau sedang menjadi pendengar kepada masalah orang lain, kerana anda merupakan orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan dan anda harus ingat bukan semua orang benar-benar berasa selesa untuk berkongsi masalah mereka kepada orang lain.

jika anda menjadi seorang pendengar, anda haruslah bersifat jujur dan setia mendengar masalah teman anda itu. jangan sesekali ceeritakan masalah mereka kepada orang lain sekiranya mereka berkehendakkannya begitu.

sesekali, berilah mereka nasihat yang paling bernas atau tidak pun suruh la mereka bersabar. nasihat dan perhatian anda sekurang-kurangnya akan menjadi pembakar semangat untuk mereka meneruskan kehidupan. bukan menjadi seorang yang bijak dalam membatu-batu apikan perasaan mereka. dalam situasi ini, mereka sangat-sangat memerlukan orang untuk membela perasaan mereka bukan seseorang yang membantu untuk membakar hati yang sedng panas membara itu.




.......................

kak lang pun biasa jadi pendengar masalah orang lain, jadi penasihat tak bertauliah. dorang tanya kak lang tak ada masalah ke?! ada...siapa la manusia yang tak ada masalah kan, selagi manusia tu hidup di dunia, selagi itu dia ada masalah...cuma kak lang ni kalau boleh tak nak la tunjukkn yang kak lang ni ad masalah, kak lang cuba sedaya upaya untuk positifkan minda dan menganggap semua itu hanya ujian yang Allah berikan untuk menguji hambaNya...walau kekadang itu, kak lang dengan penuh emosi meluahkn jugak perasaan itu dalam laman-laman sosial ni...lepas tu, bleh plak menyesal sbb pos benda yang mengarut, hikhikhik

9/27/11

Alahai Mat Handsome

assalamualaikum...

"handsomenya...kalau jadi balak aku, bahagia selama-lamanya"

"waahhh, bila la dia nak datang melamar aku...tak sabar ni"

"buah hatiku, kau la pujaan hati pengarang jantung ku..."

hehehe, siapa tak familiar dengan ayat-ayat diatas, ayat yang biasa digunakan oleh para wanita untuk menggambarkan betapa keterujaannya mereka apabila melihat jejaka macho lagi handsome depan mereka. siapa yang tak nak ada balak handsome jalan beriringan dengan kita kan, tapi korang sanggup ka tgk kalau ada orang sekeliling yang akan berbunyi sumbang seperti ini...

"eleh, muka market tapi awek cam ape ntah"

"aku lagi sesuai jadi makwe mamat tu daripada pompuan tu" & macam-macam lagi la...

kebanyakan mamat hansome sekarang ni jual mahal tau kalau jalan d khalayak ramai, cthnya klu pegi Times Square, Bukit Bintang, Sungei wang, MidValley, One Utama, Pavillion...eerrmmm, dorg jual mahal sbb apa erkkk??? sbb perasan Handsome ke...tp kan kalau stkt handsome xguna jgk klu xde makwe, jom kak lang nak kongsikan cara nak dptkn awek...nak bgtau satu rahsia sgt brguna, hikhikhik...da jadi pakar cinta ka?!

Gambar Ehsan Google

uppss: nak bgtau ni semua teori & pendapat kak lang jak tau...bukan di petik dari mana-mana, kalau rasa nak tambah pun ok jak ^^

1. gurl lagi suka dgn mamat yang handsome but jual mahal

2. mamat yang jual mahal tu pulak jgn la jual mahal sgt ye, tp klu da ad makwe jual mahal gilak pun xpe...

3. jgn tunjukkan yang korang suka or terhegeh-hegeh dengan gurl yang korang minat tu pulak...

4. jgn lupa tanya nama n mintak no fon dgn cara yg paling brhemah ye...

5. sesekali buat la lawak bodoh yang paling bodoh, gurl akn fkir yg korg ni xego ok wlupun korg ni bapak segala bapak ego...^^

6. klu msg tu, jgn msg brsambung, mean...msg tu biarla yang ad gap 30minit - 1jam, bagi gurl ni trnanti-nanti...tp jgn trlalu lama plak, tkut gurl ni cpt bosan sbb msg dia lmbt sgt dpt respon..

7. kat fb plak, jgn appear on9 kat gurl c dia...sbb klu dia nmpk U on9, nnt c dia trtnya2 napa x tgur dia...biar dia curik2 tgk wall & picture awak, hati dia psti brdebar-debar tgk pic paling mnggoda gitu...ahakz!

--

kak lang suka lelaki handsome yang jual mahal tp peramah...wink3

9/26/11

Manfaat Sarapan Pagi

assalamualaikum...

pagi ni korang ada amik sarapan pagi tak? tahu tak sarapan pagi tu banyak manfaatnya kepada tubuh badan serta otak kita. sarapan pagi adalah makanan utama yang menyumbang kepada perkembanga otak kita semua, sebab itulah orang-orang tua atau ibu bapa selalu menyuruh kita mengambil sarapan sebelum keluar rumah, tapi yang duduk rumah pun kena amik sarapan jugak tau. sini kak lang nak kongsikan beberapa manfaat sarapan pagi hasil dari pembacaan pada beberapa artikel:~


 Nasi lemak merupakan sarapan paling popular dikalangan rakyat Malaysia.
Gambar Ihsan: Google

  • Sarapan pagi yang sihat dapat membantu kita menurunkan berat badan, risiko diabetes, penyakit jantung, dan stroke
  • Sebuah kajian menunjukkan bahwa orang yang sarapan pagi cenderung mempunyai tubuh yang lebih langsing dibandingkan mereka yang tidak sarapan pagi
  • Meningkatkan kekuatan dan ketahanan stamina
  • Dapat menurunkan kadar kolesterol
  • Dapat menawal berat badan 
  • Meningkatkan konsentrasi dan kemampuan menyelesaikan masalah serta koordinasi yang lebih baik kepada pancaindera kita
  • Mengurangi fatigue dan mengantuk ketika mula melakukan tugas-tugas
  • Membantu untuk mencukupi zat gizi di siang hari kerana aktiviti yang dilakukan
  • Dapat memelihara ketahanan tubuh, agar kita dapat melakukan tugas atau belajar atau bekerja dengan baik
  • Bagi pelajar/mahasiswa dapat membantu mereka lebih fokus ketika belajar dan memudahkan mereka untuk mamahami pelajaran yang telah di berikan
  • Meningkatkan performance kerja, kerana pikiran menjadi tenang dan lebih fokus
  • Memberi kekuatan metabolisme sepanjang malam
  • Memberi otak anda bahan bakar untuk meningkatkan konsentrasi
  • Akan menjaga Anda dari rasa lapar yang berlebihan
  • Sarapan pagi merupakan tindakan pencegahan agar tidak mudah sakit perut, gestrik dan sebagainya
  • Baik bagi perkembangan otak dan tubuh  ( terutama anak-anak )
oleh itu, bersarapan pagilah untuk hari-hari yang ceria serta bertenaga...^^

::Sumber

9/25/11

Bahagialah Dalam Semua Usia

assalamualaikum...

~Bahagialah Dalam Semua Usia~

terbacalah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. HM Tuah, dalam buku tersebut terdapat tajuk seperti di atas tu. tertarik untuk mengulas sedikit tentang tejuk tersebut

Rasulullah s.a.w bersabda, "empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa"- Ibnu Hibban.

hadis diatas telah menerangkan betapa empat perkara yang disebutkan boleh membawa kebahagiaan kepada kita, tapi untuk mencapai tahap tersebut bukan mudah tau, tetapi semuanya itu tidak mustahil. kita tidak perlu sempitkan minda dengan mengganggap petikan hadis di atas menerangkan empat perkara tersebut sebagai sesuatu yang payah untuk kita capai. isteri yang solehah itu wajib, rumah yang luas itu bermaksud bahawa kita mempunyai kehidupan yang selesa, jiran yang baik dengan berbuat baik kepada jiran tetangga, dan kenderaan yang selesa dimana kenderaan tersebut bisa membawa kita kepada tempat yang ingin kita tuju tersebut dengan selamat.



sebenarnya kita boleh memperolehi kebahagiaan dengan pelbagai cara dan dengan kaedah kita sendiri, contohnya kita telah meletakkan sesuatu matlamat dan ingin mencapai matlamat tersebut dalam sesuatu tempoh dan akhirnya kita berjaya, kejayaan ini sangat bermakna kepada kita dan kita akan berasa bahagia...ada banyak lagi cara untuk kita mencapai kebahagiaan, tapi selagi tidak terpesong dari akidah. oleh itu, berbahagialah dalam semua usia...tidak kira tua ataupun muda, kebahagiaan itu membawa kepada kesejahteraan hidup...

renung-renungkan dan selamat beramal ^^...

p/s semua ni pendapat dari kak lang sendiri, kalau ada sebarang pendapat yang lain amat di alu-alukan...

9/10/11

Tutorial Cara Pasang Facebook Like Button Di Blog

assalamualaikum...

seperti tajuk d atas, haaa kak lang nak kongsikan caranya k...

1. backup template sedia ada korang ye...

2. tick pada Expand Widget

3. ctrl+f...~> <data:post.body/>

4. kendian pastekan code ini d bawah <data:post.body/> 

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

5. Save...~>done

jom lihat hasilnya...

9/9/11

Tutorial Pasang widget Follower & Dashboard

Assalamualaikum...

nak pasang widget follower & dashboard kat belog kak lang ni, baru la senang sikit tuk kak lang kan...

terus ke tutorial

...
copy & paste kan code ni kat HTML/Javascript

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>

Blog ID, cuba korang tgk link page korang kat atas tu...haaa~tu la belog id korang

da paste...save dan lihat hasilnya, simple je kan...kak lang guna ikon simple je, klu nak guna ikon lain pun bleh jgk ye...suka ati korang la~

credit to Tengku Nizam

Tutorial Cara Pasang Ikon Fb & Twitter Sebelah Kiri

assalamualaikum...

nampak x sebelah kiri page kak lang tu..cute cam kak lang jgk kan...kan...kan...

haaa, nak tau xcamna kak lang buat...

hehe, kak lang pegi ikut kelas tutorial dari AdamXis ni....

JELES?!! xde maknanya...belog korang lagi terror dari belog kak lang ni kan..

k la, jom ikuti tutorial kak lang ni...

Cara Letak Icon Fb & Twitter

1. copy & paste code kat bawah ini pada gadjet Html
2. tukar USERNAME tu dengan id fb korang
3. pastekan code image yang korang nak guna pada IMG_URL

<style type='text/css'> a.linkopacity img { filter:alpha(opacity=50); -moz-opacity: 0.5; opacity: 0.5; -khtml-opacity: 0.5;} a.linkopacity:hover img { filter:alpha(opacity=100); -moz-opacity: 1.0; opacity: 1.0; -khtml-opacity: 1.0; } </style> <div style='display:scroll; position:fixed; top:200px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href=' http://www.facebook.com/USERNAME ' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://YOUR_Facebook_IMG_URL" /></a><br />

<a class='linkopacity' href=' http://twitter.com/USERNAME' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://YOUR_twitter_IMG_URL" /></a><br />

:: kat bawah ni contoh ikon, kalau korang nak ikon sendiri pun bleh jgk, suke ati korang la ye~

:: saje wat tutorial ni, klu kak lang tukar tmplate nnt bleh rjuk sini balik...bijak x, smbil2 tu bleh la jgk kak lang share sket2 ngan kengkorang jgk kan~





8/1/11

Alahai Blogger

Sudah lama perasaan ini terpendam begitu sahaja, orang kata tak baik pendam perasaan nanti bagi tekanan. sebagai manusia biasa, memang sukar sekali untuk menyimpan segala perasaan yang terbuku di dalam dada. jadi sebelum ianya menjadi lahar yang sangat berbahaya, baik Kak Lang berterus-terang dengan korang ye

straight to the point! kepada blogger semua, tolong la bertimbang rasa dengan blogger yang lain, semua ini untuk kebahagian blogger bersama jugak. amik perhatian ye:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...