
Asslamualaikum~~~
Haaaa… disamping kita membelogkan diri apa kata kalau kita melihat diri sendiri, sambil melihat sekeliling kita yang semakin berubah dengan cepatnya secepat masa yang berlalu ini. (cewwaahhhh, ada bakat jadi pelapis Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah ni, hehehe) Sedang aku melayari internet ini, mencari bagaimana cara untuk menFOLLOWkan diri kepada follower ku (wlupun masih berada pada tahap yang “hebat”) teringat la pulak pada satu kisah kejadian pada pagi ini.
Kisah ini berlaku pada pagi ini, sewaktu aku sedang mengikut langkah kaki pergi kerja, tiba-tiba terlihatlah sepasang suami isteri ini yang pada pandangan mataku sudah di anggap berusia dalam lingkungan 50an. Suami berada berhampihan dengan kereta, manakala isteri pula berada berdiri sambil memerhatikan suaminya yang hendak keluar rumah atau pergi kerja barangkali.
Selepas suami menyimpan barang ke dalam kenderaan, dia terus pergi kearah isterinya yang masih menunggu memerhati tingkah laku suaminya itu. sesampai suami kepada isterinya, isteri itu lantas mencium tangan suaminya, dan suaminya pula mencium kedua-dua belah pipi serta dahi isterinya. Alangkah romantiknyalah pasangan itu, mereka masih menikmati saat-saat romantik berdua walaupun kedua-duanya tahu mereka akan dipisahkan pada bila-bila masa sahaja oleh Allah tanpa mereka atau sesiapa pun tahu.
Hehehe, apa aku memformalkan diri ni???...hehehe, ala apa yg aku mo crita sni ialah sebuah kisah CINTA pada zaman ini. Apa yang ku lihat pada zaman ini dimana suami isteri kurang intim dengan pasangan masing-masing. Yala, banyak contoh-contoh yang bleh kita tgk dalam berita suami baker diri sbb isteri merajuk. Isteri pula mncederakan suami, ermmm kes paling ringan pun suami isteri tidak lagi sefahaman. Masa bercinta-cinta semua janji manis kau berikan bila da jd isteri kau, air mata sahaja la yang aku dapat...hehehe, isteri siap tunjuk diari senarai janji manis suami bagi masa kapel2 dulu lagi. Hikhikhik…
Macm lagu P.Ramli tu kalau bercinta pilihlah yang betul-betul, ermmm…pilih yang betul2 mmg semua pilih yang betul2kan, tapi mslahnya masa nak pilih tu semua nmpak ok 100% la perfect. Tapi masa sdah buat pilihan tu yang jadi spoil, ada buruk sana sini lagi hehehe tak perasan la kan. Cam pilih buah, masa di pasar nampk bgus semua, tp masa smpai umah tba2 kuar ulat lagi. hahaha
Yalakan, aku pun belum kawin lg…mungkin apa yang aku tulis disini akan jadi atas diri ku sendiri pula nant...nauzubillah, sekurang-kurangnya kita telah berusaha hanya Allah yang menentukan segalanya.
Jadi nasihat kepada semua, cubalah sedaya upaya untuk menghargai pasangan masing2 yeee, kerana seburuk mana pun pasangan anda itu dia sebenarnya yang terbaik untuk anda. Cintai dia kerana Allah telah ciptakan dia untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk anda. Kalau selama ini anda telah mengabaikan pasangan anda, cubalah bermula semula dengan cara apa sekalipun untuk menyuburkan rasa cinta yang semakin malap itu…
menarik x…? luahkan perasaan anda dengan mengomen di bawah ini, komen pun free jerrr...hehehe
No comments:
Post a Comment