Sebagai manusia biasa kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan serta kesalahan, namun sebagai seoang yang telah matang dan dewasa kita seharusnya berani mengaku kesalahan tersebut.
Aku telah terjebak dengan situasi ini, dimana seorang teman telah meminjam barang daripada aku, dengan baik hati aku memberi pinjam barang tersebut. Pada hari tersebut teman tersebut telah meletakkan barang tersebut ke tempat biasa, aku pula tidak mengesyaki apa-apa. Teman tersebut telah balik kampung pada hari yang sama, tanpa mengucapkan terima kasih pada ku.
Hari ni hari sabtu, minggu pertama dalam bulan ini. Hari sabtu minggu pertama bermakna aku cuti, dan tugas lazim yang biasa aku lakukan ialah menjemur baju yang telah ku basuh semalam. Selepas menjemur baju aku pergi menyusun barang kerana berselerak di sana, namun apa yang ku lihat benda yang paling selesa dan biasa ku guna untuk pergi kerja telah rosak. KECEWA! Itulah perasaan yang ku rasa ketika itu, barang yang teman ku punjam itu adalah benda yang ku sayangi.
Dia…teman terima kasih kerana buat aku begini, tanpa memberitahu kepada ku yang benda itu tela rosak den membiarkan aku mengetahuinya sendiri adalah perkara yang sungguh mengecewakan. Teman lebih baik beritahu dan mengaku apa yang telah berlaku, daripada membiarkan perkara tersebut diketahui sendir oleh ku. Kalau dia beritahu dahulu sebelum aku mengetahuinya sendiri mungkin aku boleh terima, dan menyuruhnya membaikinya. Tapi sebaliknya…SUNGGUH KECEWA!
Dia…teman, aku lihat seorang yang berani kerana dari kata-katanya sebelum ini menunjukkan dia bukan seorang yang penakut. Tapi dia adalah seorang yang sebaliknya, dia seorang yang hanya berani berkata-kata tapi tidak berani menghadapi kenyataan. Teman, terlalu banyak sikap negative yang ku lihat pada diri mu. Teman, kau bukan seorang yang bersikp positif.
Teman, aku sungguh berasa kecewa dengan sikap mu…terima kasih kerana membuka mata ku untuk lebih berhati-hati selepas ini. Bukan aku terlalu pentingkan kebendaan, tapi aku pentingkan kepercayaan. Sebagai teman kau sepatutnya menghormati aku dan barang yang yang telah kau pinjam dari aku serta memulangkannya dengan cara yang baik. Kalau berlaku secara tidak sengaja pun sekurang-kurangnya kau memaklumkan terhadapku, namun apa yang ku dapat dari mu…hanya kepercayaan yang semakin hilang.
Terima kasih teman…
No comments:
Post a Comment