Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Tiba-tiba rasa ingin menulis tentang Harimau Malaya, walaupun sebenarnya minat terhadap bola baru bermula tahun lepas sempena piala dunia 2010 di South Africa. Dapat kita lihat kebangkitan penyokong bola sepak yang sangat membanggakan, selepas beberapa ketika stadium malap dari jerit pekik, sorak penyokong bola sepak, dan kini ianya kembali bangkit dari lena yang panjang. sangat membanggakan!
Penyokong membanjiri stadium sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan yang berada di rumah juga tidak kurang hebatnya, bersorak bagai berada distadium. semangat inilah yang diperlukan kita sebagai rakyat Malaysia. kita sentiasa memberi semangat kepada pasukan kita sekali pun mereka tidak berjaya, namun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati para penyokong. syabas Harimau Malaya!
Tengok bola semalam sama macam tengok cerita hantu, Kak Lang yang jerit over...hahaha, housemate Kak Lang cakap, tengok bola lagi menakutkan dari tengok cerita hantu! ya betul! sebab cerita hantu kita boleh agak setiap jalan ceritanya...tapi, tengok bola depend dari pemain, rasa seperti main game automatik.
Kalau Malaysia menang semalam ingat boleh la mintak cuti peristiwa hari isnin bagi meraih kemenangan dan sempena menyambut 1 ramadan, tapi sayangnya hanya mimpi tinggal mimpi.
Gambar Ihsan: Sumber
p/s lepas ni boleh la request dengan EPH tengok bola kat stadium pulak, tak penah lagi ni...

3 comments:
walaupon x menang harimau melaya tetap menang di mata malaysia
Setiap berlawanan ada kalah menang. Sekurangnya2 kita bangga harimau malaya pemain orang Malaysia.
tetap sukung harimau malaya... :)
Post a Comment