cinta,
suatu masa dulu
kau buat diri ku terlalu indah
aku orang paling berbahagia
melukis pelangi
melakar langit,
bintang
dan bulan...
cinta,
semuanya indah
sambil bercerita pada burung,
bolehkah aku bingkaikan cinta itu...
biar semua orang tahu
aku sedang bercinta
tapi...
cinta, indah mu hanya sementara,
terbuai layu lalu kering seperti mawar merah
indahnya hanya sementara
pabila petang menjelma
merah mu bertukar hitam
cinta,
aku tertipu dengan manisnya madahmu berbicara
membelai jiwaku
hingga terlupa siapa diriku,
berpijak di bumi yang nyata,
kini baru ku tahu
cinta itu tercipta kerana
terangsang oleh diriku sendiri...
hadirmu hanya sementara
palsu!
pada-Nya ku berserah...
4 comments:
tentang cinta...nice sajak tu...luahan perasaan ke?...
lgu afgan best
macam sesuatu je ni..salam ramadhan
jiwang la kak lang hehe
Post a Comment