Sayang Kamu

8/2/11

Mati Akibat Laman Sosial

Hanya kerana laman sosial facebook manusia sanggup berbunuh-bunuhan. Seorang lelaki terpaksa menerima akibat daripada kutukan beliau terhadap seorang wanita.
KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin. 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.
Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.

Kerana mulut badan binasa, oleh itu berhati-hati apabila membuat kenyataan dilaman sosial seperti facebook, twitter ataupun blog ini kerana setiap orang lain pandangan dan sentiasa berbeza pendapat. Sumber dipetik dari Harian Matro 02/08/2011

7 comments:

afzalsukasuki said...

alamak.ni la pasal kes2 pukul buat den fikir 2 3 4 5 kali sebelum bagi komen

Unknown said...

: Dunia-dunia, nilai kemanusiaan sudah tiada dalam hati.. sedihnya manusia zaman sekarang..

ericoanaci said...

klu sebb mati laman sosial di bulan puase paer yer?

Elih Japahar said...

Gunakan laman sosial dgn berhemah..bukan tempat mengutuk org,kerana facebook dia mati..tak kah malu tu?pukul pun jgn lah pukul kepala..bengong pi pukul kepala buat pe, tak pasal2 masuk jail..

el said...

tulah x sayang molot...mcm2 hal dah skrg gara2 internet ni huhuhu

Anonymous said...

terlajak perahu boleh digostan, terlajak kata... ermmm...

Lat'z said...

jangan sukati komen orang dah la..kalo tak..pcoma kena M orang kat fb..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...