Sayang Kamu

8/8/11

Langkah Mengatasi Stress

Assalamualaikum...

Siapa yang x pernah berdepan dengan masalah, semua orang ada masalah. Tension x? sebab apa korang tension/stress, kerja banyak? gaji ciput? roadtax nak mati? jem? ermmm ok jom~(tarik nafas dalam2~~hembus!) rasa lega x?!...belum? ok, ulang semula brapa kali smpai korang semua lega...

Apa korang buat untuk melegakan rasa tension korang tu?
1. berkongsi masalah dengan orang lain, dan minta nasihat
2. cari jalan penyelesaian? ya bgus...
3. pergi karaoke or melalak cam orang gila...ermmm,
4. berdiam diri?!

Berkongsi Masalah dengan Orang Lain, dan Minta Nasihat
Idea yang bagus, sekurang-kurangnya ada orang yang sudi mendengar, walau pun tidak memberi sebarang pendapat yang bernas tapi dia akan berkata "bawak bersabar" ataupun "sabar jela"

Cari Jalan Penyelesaian
Dengan menyelesaikan masalah, anda telah mengurangkan masalah stress yang anda alami, tapi pastikan anda menyelesaikan masalah anda itu dengan cara yang bijak. Jika langkah penyelesaian itu salah anda kemungkinan besar akan menyesal di belakang hari.

Pergi Karaoke atau Melalak Cam Orang Gila
Pergi karaoke biasa dilakukan oleh ramai orang untuk mengurangkan rasa tekanan yang mereka alami, dan mereka berasa puas selepas berkaraoke dan melalak walaupun orang tengok macam orang gila yang penting anda puas dan lega. Tapi ingat ye, jangan melalak pada waktu dan tempat ynag salah cthnya; kat mall, dalam pejabat, dalam bas, dalam train atau pun tampat awam yang ada papan tanda dilarang merokok. Tempat yang sesuai utk korang melalak atau menjerit sekuat hati, ialah semasa menyaksikan perlawanan bola sepak dimana semua orang akan menjerit, dalam bilik, tapi pastikan korang menjerit sambil menutup mulut korang dengan bantal ok, nnt emak korang ingat korang kena sawan pulak.


Berdiam diri?!
Boleh selesai ke masalah dengan berdiam diri je?! ya betul, ada masalah yang akan selesai dengan berdiam diri. Tapi kebanyakan masalah perlu ada penyelesaiannya.

p/s kalau Kak Lang stress Kak Lang akan pilih option no.3, dan fikirkn jln penyelesaiannya...


sumber: google

1 comment:

aiman said...

saya selalu buat nombor 1 dan 2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...