Sayang Kamu

9/25/11

Bahagialah Dalam Semua Usia

assalamualaikum...

~Bahagialah Dalam Semua Usia~

terbacalah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. HM Tuah, dalam buku tersebut terdapat tajuk seperti di atas tu. tertarik untuk mengulas sedikit tentang tejuk tersebut

Rasulullah s.a.w bersabda, "empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa"- Ibnu Hibban.

hadis diatas telah menerangkan betapa empat perkara yang disebutkan boleh membawa kebahagiaan kepada kita, tapi untuk mencapai tahap tersebut bukan mudah tau, tetapi semuanya itu tidak mustahil. kita tidak perlu sempitkan minda dengan mengganggap petikan hadis di atas menerangkan empat perkara tersebut sebagai sesuatu yang payah untuk kita capai. isteri yang solehah itu wajib, rumah yang luas itu bermaksud bahawa kita mempunyai kehidupan yang selesa, jiran yang baik dengan berbuat baik kepada jiran tetangga, dan kenderaan yang selesa dimana kenderaan tersebut bisa membawa kita kepada tempat yang ingin kita tuju tersebut dengan selamat.



sebenarnya kita boleh memperolehi kebahagiaan dengan pelbagai cara dan dengan kaedah kita sendiri, contohnya kita telah meletakkan sesuatu matlamat dan ingin mencapai matlamat tersebut dalam sesuatu tempoh dan akhirnya kita berjaya, kejayaan ini sangat bermakna kepada kita dan kita akan berasa bahagia...ada banyak lagi cara untuk kita mencapai kebahagiaan, tapi selagi tidak terpesong dari akidah. oleh itu, berbahagialah dalam semua usia...tidak kira tua ataupun muda, kebahagiaan itu membawa kepada kesejahteraan hidup...

renung-renungkan dan selamat beramal ^^...

p/s semua ni pendapat dari kak lang sendiri, kalau ada sebarang pendapat yang lain amat di alu-alukan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...