assalamualaikum...
benarkah diri sudah berubah?!
maafla saya tidak perasan akan perubahan itu, mungkin semalam anda lihat saya seorang yang cukup kuat dan tabah...tapi kini seorang yang cukup lemah, selemah-lemahnya.
maaf jika saya tidak sama seperti yang dulu, kekadang saya perlu berkata-kata untuk meluahkan perasaan ini...kerana saya tidak sanggup untuk menyimpan bebanan perasaan itu, risau ianya menjadi dendam kesumat yang membeku dalam hati...
maaf jika saya telah mengguris hati dan perasaan anda dan semua orang tanpa sedar, membuat kata-kata yang tidak selayaknya dari saya...
maaf jika saya hanya mengikut perasaan tanpa menilai semua itu dengan rasional, dan saya juga tidak menyalahkan pada ketidaksempurnaan diri, tapi semua itu lahir dari situasi yang sungguh menganggu emosi...
maaf jika saya sering menggunakan perkataan yang kesat...dan maaf jika saya mengganggap perubahan ini sebahagian perkara normal yang berlaku pada diri saya...
saya mengaku semuanya berlaku atas kelemahan diri saya sendiri...saya berjanji akan perbaiki kelemahan ini.
terima kasih kerana menyedarkan saya yang semakin hanyut ini, dan terima kasih juga kerana memberi peringatan...tq dear Heiqal Zainuddin ^^
1 comment:
stiap org dlm hdup keep changing. they'll never stay the same. just adapt wif the changes. :)
Post a Comment