assalamualaikum...
dalam kehidupan seharian ini kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan demi kesilapan, menempuh cabaran, dugaan menjadi sebahagian dari asam garam hidup yang harus malah wajib kita lalui. kadang-kadang kita cukup kuat dan berani untuk melawan, menegakkan keadilan. tapi kekadang kita menjadi lemah pada sesuatu situasi, lemah-selemahnya hingga kita mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu. kaum adam pasti mampu melawan kekesedihan, kekecewaan malah kekalahan dengan kata-kata dan dia menang dengan egonya. tapi kaum hawa menang dengan air matanya, hanya air mata yang mampu berkata-kata untuk meluahkan rasa hati yang sedang dipendamnya. dengan air mata itu jugaklah yang dapat mengubat duka lara hatinya itu...
kaum hawa...
dengan air mata la dia bercerita segala-galanya, dia bukan anak kecil yang menangis bila sesuatu keperluannya tidak dipenuhi, tapi dia menangis kerana kecewa dengan sikap sesetengah manusia tidak memahami hati dan perasaannya. dengan mudah air mata itu mengalir jua, tanpa di pinta atau di paksa-paksa...kerana hati kaum hawa itu terlalu lembut untuk di sakiti sesiapa pun.
ibu menangis bila anak-anaknya tidak mendengar kata...juga mengalirkan air matanya apabila anak-anaknya berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidupnya, hingga kekadang kaum adam tidak memahami kenapa perlu mereka menangis untuk sesuatu perkara meskipun sedih ataupun gembira...kerana, hanya air mata yang mampu bercerita perasaan mereka ketika itu. betapa tulusnya hati seorang kaum hawa...
meskipun perkara kecil-sekecilnya juga bisa menguris perasaan mereka...apa lagi jika hati mereka di sakiti secara terang-terangan, di berikan janji hanya untuk di mungkiri...di sayangi hanya untuk di kecewakan, di berikan hanya untuk diragut... begitulah lumrah hidup dan kehidupan biasa pada akhir zaman ini.
tiada lagi cinta di hati...tiada siapa yang dipersalahkan malah tiada siapa yang akan rasa bersalah...apabila ego menguasai dan hanya air mata menemani...
p/s: sebuah rasa hati mewakili air mata kaum hawa, untuk sebuah ego kaum adam...(untuk dia yg selalu membaca belog ini, diam perkara terbaik yang mampu aku lakukan...)
No comments:
Post a Comment