Sayang Kamu

7/23/11

5 Perkara Aku Paling Benci

Setiap orang pasti mempunyai perkara atau benda-benda yang dia tidak ingini dalam hidup tapi terpaksa sebatikan ketidakinginan itu keatas dirinya. Kerana Perkara-perkara inilah yang membentuk diri dan hidup seseorang itu, betul tidak?!

Sebagai contoh, berikut 5 senarai perkara-perkara yang paling Kak Lang benci  

1. Habuk
Alergik pada habuk, dan memang sangat benci pada habuk kerana ianya membuatkan hidung gatal-gatal dan akan bersin. Bersin kat tempat awam tu takpe, tapi yang menjadi apa-apa nanti apabila bersin itu berbunyi semacam dan menarik perhatian orang lain. Malu kot!
2. Baju kotor
Kalau sikit tu takpe la jugak, tapi kalau timbunan baju kotor yang ada dalam bakul tu dah macam tinggi Gunung Kinabalu, perrggghhh...mampos nak basuh, sekalipun guna mesin basuh. Susah-susah hantar dobi jerk ye, hikhikhik

3. Jerawat
Kewujudannya akan mencacatkan wajah, lelaki dan pompuan sekali pun akan tetap mengelak untuk di hinggapi oleh serangan jerawat ini, tapi ada sesiapa yang bleh mengelak ke? hahaha

4. Bil-bil
Kalau da dewasa ni, semua benda kena fikir sendiri, tak kan umur sudah masuk 24/25 tahun pun masih mintak topup dari mak bapa betul tak? lepas dewasa ini baru ku tahu bukan mudah jadi orang dewasa.

5. Kritikan
Hah! benda ni paling bengang sekali, kalau nak kritik pun kena ada cara tau. Jangan main belasah kritik je, sesetengah orang boleh terima, tapi sesetengah orang tak. Silap haribulan ada yang kena penampo. hihihi...




4 comments:

Gua Syed said...

uuuuiiii... ganas die neh..

Unknown said...

Dalam hidup.. nak jadi normal dan jadi dewas.. kena terima teguran dan kritikan.. sebab ia membina jati diri kita.. tapi kritikan yang menjatuhkan.. patut "KITA BAKO AJE"

hemm entahlah

Unknown said...

kritikan membina kematangan...tetapi salah kritik boleh mengundang kemarahan yang dikritik...

afzalsukasuki said...

er..tanak komen la.kang kene penampo!! :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...