Assalamualaukum...
Siapa tidak kenal dengan artis melayu yang berasal dari Singapore Aaron Aziz, kacak lagi hensem itu. Beliau yang berlakon memegang watak utama dalam beberapa buah drama tv dan wayang antaranya ialah Nora Elena, drama tv3 dan yang terbaru KL Gangster arahan Syamsul Yusof. Memang tidak dinafikan beliau bijak dalam membawa watak yang diberikan seperti watak jahat, romantik serta hero.
Nama yang semakin meningkat naik membuatkan Aaron Aziz semakin terkenal di tanah air ini, dan menjadi kegilaan para wanita di setiap peringkat umur. Sekali pun, drama Nora Elena itu tidak berapa rasional bagi masyarakat Malaysia pada masa kini, jalan cerita sungguh bertentangan dengan kisah hidup sebenar.
Kegilaan ini telah di ambil kesempatan oleh Seth Tan untuk mengisi kuota yang masih kosong dengan izin isteri tercinta, seklipun isteri beliau dengan tidak rela membenarkan dia berbuat begitu dengan pasangan barunya bernama Alfisah Sabri. Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dalam suasana yang sederhana, namun bertukar apabila isteri beliau dengan secara tiba-tiba mengamuk dan bertukar menjadi Incredible Hulk...
Semasa pertempuran tersebut, Ultraman telah datang dan berjaya mengawal keadaan.
"kak fisya, bangun...7:10"
huhuhu...kacau daun betul!!!

12 comments:
hahaha..ingatkan betul2 la..baru nak bergembira..
errrkkk........ adehhh...
mula la tu kaklang hu3
ape daa.. nasik baik spider man x dtg. hihihi. :D
as salam...hahaha, haissshh!!..mimpi rupanya...ingat gosip terbaru aaron aziz...hahaha..patot pelik tertiba otromen..nice..
sejak dua menjak kak lang dah tak betul ni..sangat2 sukaaa !!haha :D
iskh.. mimpi ka... mati2 ingat gossip panas td!
err..tidur tak basuh kaki ke atau mimpi di siang hari ni...hahaha
hey followed you
can't find your shoutbox
haha,ingatkan betol tadi..nasib baik OhBulan tak sempat datang..kui3
hahahaha..
cayala fisya..
mantap.
SEMUA: hahaha...leks la, kak lang mmg suka brdreaming kawen ngan putra william...wahahahahaha
Post a Comment