Manusia Hanya Merancang Tapi Allah Yang Menentukan Segalanya...
"Aku Hanya Berserah Kepada Takdir Yang Maha Esa, Tabahkanlah hati ku ya Allah. Aku masih rapuh untuk menghadapi dugaan Mu ini."
Atikma termenung lagi, air mata yang bergenang di kelopak mata hanya menunggu masa untuk mengalir ke pipinya yang kuning langsat itu. Sungguh sebak hatinya selepas menerima jawapan kerani yang dia hubungi sebentar tadi.
"maaf ye cik, tarikh tamat itu telah ditarik balik kerana terlalu banyak permohonan yang masuk"
"oh, yeke...errrmmm takpe la, terima kasih" suaranya yang tadi bersemangat terus berubah sebak.
Bilakah rezeki akan datang kepadanya, dan bilakah masa yang dia akan bangga dengan dirinya sendiri.
Matanya semakin kabur oleh air mata, berkedip, sekaligus air mata yang bergenang selama seminit itu tumpah ke pipi. Dia tersedar dari lamunan dan mencapai tisu yang ada di atas meja kerjanya itu. Melihat kerja yang masih bertimbun, fikirannya kosong. Termenung lagi, membayang masa depan yang bakal menjelang tanpa sebarang persediaan untuk menghadapinya. Cermin gelap pejabat tidak mampu untuk menghalang pandangan matanya daripada tembus jauh ke dunia yang dia idamkan.
Atikma, didunia itu dia telah mencipta sejuta angan-angan yang bisa membahagiakan ramai orang. Tapi, angan-angan itu sirna dan semakin sirna. Dia tersedar lagi, memandang skrin komputer pejabat yang menjadi teman pengubat kesunyiannya selama beberapa bulan ini. Sekarang pukul 4:48pm, masanya untuk menghantar daily report kepada HQ, dan berkemas untuk balik. Tepat pukul 5pm dia pun meninggalkan pejabat.

8 comments:
alamak..
ade novel la sini
terbelog: hahaha, baca jan xbaca
atikma aa ...lawalah :)
to be continued ka ini
eya, akan berada di pasanan lama lagi, hihihi
sambungan akan kuar ikut mood, penulis...
Bolh bt Novel Nie..Nangis sy bca..
Shafiq: hahaha...nangis la sgt yeee
kita merancang ...tapi perancangan Allah lbh baik ....:)
hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock: betul2, kita merancang indah...tapi semuanya bergantung kepada-Nya,
tima kaceh hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock
Post a Comment