Sayang Kamu

7/30/11

Perokok Layak Dianggap Sebagai Penjenayah

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Korang setuju tak dengan tajuk diatas? kalau tak, berikan pendapat anda. Kalau setuju, apa komen anda?.

Berikut ada beberapa sebab kenapa perokok layak digelar sebagai pnejenayah;-
Pembunuh
Perokok memang tidak sayang nyawa sendiri apa lagi nyawa orang lain apabila perokok merokok ditempat awam, walaupun tempat tersebut telah diletakkan papan tanda dilarang merokok.

Penyumbang kepada pencemaran alam sekitar
Kerana sap rokok mengandungi;
  • bahan radio aktif ( polonium-201) 
  • bahan-bahan yang digunakan didalam cat (aceton)
  • pencuci lantai (ammonia )
  • ubat gegat ( raphthlene)
  • racun serangga ( DDT )
  • racun anai-anai ( arsenik )
  • gas beracun ( hydrogencyanide ) yang digunakan dikamar gas maut bagi yang yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi
 gambar ihsan: sumber

Bahan campuran ini jika dibebaskan keudara akan mempercepatkan lagi proses penipisan lapisan ozon. 
    Perampas hak orang lain
    Rezeki Allah bagi adalah rezeki bersama. Duit yang digunakan untuk membeli rokok untuk sebulan itu lebih berfaedah jika digunakan untuk menghantar anak ke sekolah mengaji insyallah anak menjadi seorang yang taat kepada ibu bapa, atau disedekahkan kepada mana-mana badan kebajikan dan meringankan sedikit beban mereka.

    Hilang Kewarasan
    Hilang kewarasan bukan satu jenayah, tapi ianya akan jadi jenayah sekiranya perokok bertindak diluar kawalan akal dimana ia mengakibatkan kecederaan, ragut, ganguan emosi dan sebagainya. Tindakan ini berlaku apabila perokok yang ketagihan terhadap rokok tetapi tidak dapat memenuhi keinginannya dan berlakulah tindakan luar kawalan diri.

    Papan tanda dilarang merokok sepatutnya ditambahkan dengan alat yang boleh mengesan asap rokok dan memgeluarkan bunyi seperti 


    "awas! anda bakal di kompaun kerana merokok ditempat awam"


    atau membuat satu mesin boleh memukul perokok yang merokok ditempat awam..(perlu sebab tak paham bahasa...)


    gambar ihsan: sumber

    7 comments:

    Roti Telur said...

    buat satu mesin boleh memukul perokok yang merokok ditempat awam..cara ni mungkin berkesan kehkeh..

    wan_cikgumuzik said...

    rasanya tak baik menghukum perokok sampai mcm tuu.. kalau merokok tuuu jenayah, penuh laa lokap2 kat malaysia nihh. haha..

    yang penting perokok harus menghormati org yang tak isap rokok.. itu jerr.. biar lah perokok tuu mati sorang2,, jangan libatkan sape2...

    Unknown said...

    setuju

    Unknown said...

    setuju dengan cikgu wan....perokok kena respek orang lain...

    syiela said...

    perokok kena la beringat... jangan mein hemtam je.. x kisah la kalau perokok tegar.. janji mati sorang2 jangan kasi asap pada org lain...

    mikeyvio said...

    kami tak kisah kalau korang nk hisap rokok. tapi asapnya sila telan. haha

    Mohammed Faizal said...

    memang pumbuniuh pun....bunuh diri sendiri...dosa kan...nasib baik aku tak isap rokok

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...