assalamualaikum...
apa sebenarnya tugas seorang pendengar?! bes ke wat keje pendengar tu?! gaji gred berapa?! kontrak ke permenant?! sapa boleh apply?!
tugas seorang pendengar ni senang je, tp kadang-kadang ianya akan jadi sgt sukar. tugas ni takda gaji, dan ianya adalah tugas sukarela yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang sanggup mendengar sebarang masalah drpd orang-orang yang mahu meluahkan perasaannya. tak kisah la perasaan tu sedih ka...gembira ka..atau sesangat gembira. semua orang ada mempunyai cerita masing-masing, dan sesiapa pun suka untuk bercerita tentang kisah mereka tu, lebih-lebih lagi kalau cerita tu sesuatu yang membuatkan mereka sangat-sangat berbangga...
anda patut berbangga tau jika anda pernah atau sedang menjadi pendengar kepada masalah orang lain, kerana anda merupakan orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan dan anda harus ingat bukan semua orang benar-benar berasa selesa untuk berkongsi masalah mereka kepada orang lain.
jika anda menjadi seorang pendengar, anda haruslah bersifat jujur dan setia mendengar masalah teman anda itu. jangan sesekali ceeritakan masalah mereka kepada orang lain sekiranya mereka berkehendakkannya begitu.
sesekali, berilah mereka nasihat yang paling bernas atau tidak pun suruh la mereka bersabar. nasihat dan perhatian anda sekurang-kurangnya akan menjadi pembakar semangat untuk mereka meneruskan kehidupan. bukan menjadi seorang yang bijak dalam membatu-batu apikan perasaan mereka. dalam situasi ini, mereka sangat-sangat memerlukan orang untuk membela perasaan mereka bukan seseorang yang membantu untuk membakar hati yang sedng panas membara itu.
.......................
kak lang pun biasa jadi pendengar masalah orang lain, jadi penasihat tak bertauliah. dorang tanya kak lang tak ada masalah ke?! ada...siapa la manusia yang tak ada masalah kan, selagi manusia tu hidup di dunia, selagi itu dia ada masalah...cuma kak lang ni kalau boleh tak nak la tunjukkn yang kak lang ni ad masalah, kak lang cuba sedaya upaya untuk positifkan minda dan menganggap semua itu hanya ujian yang Allah berikan untuk menguji hambaNya...walau kekadang itu, kak lang dengan penuh emosi meluahkn jugak perasaan itu dalam laman-laman sosial ni...lepas tu, bleh plak menyesal sbb pos benda yang mengarut, hikhikhik

2 comments:
hehehe..lupa nak add..syarat utama nak jadi pendengar ialah tak boleh pekak..hahahaha
Regards,
-Strider-
hehehe, btul tu...tp pdgr yg ni brmksud org yg bleh memberi respon ketika org lain mluhkn perasaan
Post a Comment