Sayang Kamu

11/29/11

Fakta: Sumandak Kinabalu


Tahukah anda:

~> apa itu sumandak?
::sumandak itu sama dengan gadis, sumandak adalah bahasa salahsatu suku kaum bumiputra di sabah iaitu Kadazan

1. sumandak kinabalu cantik-cantik belaka...ianya adalah fakta

2. sumandak kinabalu sungguh ramah-tamah...juga fakta

3. sumandak kinabalu adalah non-muslim...tidak semestinya, ada yang sediakala Islam kerana moyang mereka telah memeluk Islam, lagi fakta tentang gadis sabah tidak semestinya mereka tidak memakai tudung, sebab ada orang pernah berasa pelik bila kak lang ckp yg kak lang ni dari sabah...eh, pelik ye..

4. sumandak kinabalu kaum keluarga mereka duduk atas pokok, dalam hutan...hahaha, jgn cakap je dik..da pegi sabah belum?! takde tempat lain ke nak duduk sampai duduk atas pokok, hahaha...ape la

5. sumandak kinabalu pindik-pindik tagap...hahaha, depnd jgk...genit itu comel la, hihi

6. sumandak kinabalu cakap bahasa baku...fakta, sebenarnya semua orang di sabah pun cakap bahasa baku...

7. sumandak kinabalu hari-hari daki gunung kinabalu...auta, dorang takde keje lain ke nak panjat gunung tu ari-ari..

8. sumandak kinabalu sakai...sakai ke?! mana ada, dorang semua lahir luar negara tau tengok Marsha je, dia lahir kat Amerika Syarikat...

9. sumandak kinabalu terror dalam bidang seni...fakta, sejak dari kecil dorang da di ajar untuk menyanyi dan menari sumazau, sebab setiap tahun ada upacara menuai dimana mereka akan meraikannya dengan menari dan menyanyi...gadis sabah lagi terror main gitar tau, bakat semulajadi

10. sumandak kinabalu, kak lang juga merupakan sumandak dari sabah...auta, kak lang memang dari sabah tapi kak lang bukan sumandak, kak lang "bujang samah" yang bermaksud gadis suku kaum bajau samah mix dengan suku kaum irranun

nota tangan: ada sapa-sapa yang nak tahu tentang sumandak dari sabah kew? semua fakta di atas adalah penilaian selama bersahabat dengan sumandak-sumandak

3 comments:

Zul De Alexis said...

owh bawu sm taw...thank

hyz said...

kamo adalah sumandak kinabalu lah? hek3

fadh leyanie said...

dapat info baru melalui entri ni..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...