Sayang Kamu

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

9/11/11

Persoalan Agama: Niat puasa qada Ramadan perlu didahulukan kerana wajib


 assalamualaikum...

marila kita sama-sama mengerjakan puasa sunat 6 hari d bulan syawal, berikut ialah jawapan pada persoalan kepada kekeliruan dalam mengerjakan qada puasa dengan puasa sunat 6.

ASSALAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya mengenai puasa enam Syawal. Saya masih mempunyai puasa yang kena qada, tetapi bolehkah saya mengerjakan puasa enam terlebih dulu? Dan manakah yang lebih baik, puasa enam berturut-turut atau sebaliknya? 

RAHIMAH, Kuala Lumpur.

AL-HAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Imam an-Nawawi RHM meletakkan satu bab dalam kitab Riadis Sholihin, iaitu bab mengenai sunat puasa enam hari pada Syawal. Hadis yang terkandung dalam bab ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Ayyub RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.

Begitulah tawaran besar yang diberikan kepada orang beriman bagi mereka yang melaksanakan puasa enam hari dalam bulan Syawal. Ini bererti bagi mereka yang tidak membuatnya, maka ia tidak akan memperoleh kelebihan itu. 
Sekiranya seseorang itu belum menyelesaikan qada puasa Ramadan yang ditinggalkannya, lalu dia berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal, maka perkara itu harus dilakukan cuma tidak mengikut susunan. Kerana sepatutnya ia hendaklah menyelesaikan dulu qada puasa Ramadan, barulah diikuti dengan puasa sunat enam hari Syawal. 
Ada juga ulama berpandangan sekiranya ia menyatukan niat puasa wajib dan puasa sunat seperti puasa qada Ramadan dan puasa enam Syawal, maka ia akan beroleh kedua-duanya. Sekiranya ia meniatkan satu daripada dua, maka ia akan memperoleh ganjaran puasa yang ia niatkan dan gugurlah ganjaran puasa yang satu lagi. Perkara itu dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatwanya, dalam kitab al-Fatwa al-Kubra. 
Walaupun ada pandangan yang mengatakan bahawa afdalnya dikerjakan puasa enam itu hendaklah berturut-turut selepas Aidilfitri seperti ungkapan dalam hadis kemudian dia susulinya, namun ganjaran puasa enam ini tetap diperoleh sekalipun dia tidak mengerjakannya secara berturut-turut selepas hari raya. Imam an-Nawawi menyebut dalam Syarah Sahih Muslim, iaitu yang lebih utama dilaksanakan puasa enam itu berturut-turut selepas hari raya. Sekiranya dilewatkan sehingga akhir Syawal, maka ia tetap mendapat ganjaran itu. Syeikh Atiyyah Saqr, iaitu bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar apabila ditanya persoalan itu menjawab bahawa sudah cukup bagi orang yang melakukan puasa ganti (qada) dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada Syawal. Ia akan diberi dua ganjaran sekiranya dia bertujuan demikian dengan syarat dia hendaklah mendahulukan niat puasa qada terlebih dulu. Puasa qada adalah wajib manakala puasa enam adalah sunat. Demikianlah, wallahualam. Sumber

8/14/11

Aku Punya Belog, Aku Punya Suka La!!

assalamualaikum...

ni nak habaq mai na~

ap tujuan korang berbelog nih?! (jwb kat bhg komen ye)

tujuan Kak Lang;

1, saje suka-suki
2, tmpt luahan perasaan
3, tmpt buang masa
4, tmpt perkongsian cerita2 suka duka

lepas berbelog nih; tujuan seterusnya~

1, nak dpt income lebey
2, nak jd femes
3, nak kondem org @ up traffik org len (bek hati kan, kan, kan)

ni en3 balas tuk Afzalsukasuki yang buat en3 "Apa Genre Blog Korang" dia punya suka la wat tajuk apa pun kan...yang dia xsuka baca en3 org tu apsal??!! ada aku suruh baca..?! ada?! (org yang rasa teraniaya dgn kenyataan ini)
"Manakala kebanyakan blog perempuan cenderung mengetengahkan blog 
bergenre personal life dorang"

"aku meluat bila empunya blog berkenaan obses menghasilkan entry kisah cinta dia dengan pasangan."

hahaha....

Afzalsukasuki, mesti dorang akan kata cam Abg Khairil Mai Dari Bendang ni..."ikut suka aku le blog aku" tapi cikguwanmuzik plak cakap "harapan saya agar lebih ramai yang buat entri pasal nih...jangan berenti" yang lain-lain, komen biasa-biasa aje, sume support...tp Kak Lang memang suka kondem org, lebey2 lg dak Afzalsukasuki, sbb Kak Lang anti dia kut...agagagaaa~

sekian~

p/s hehehehe, ad sapa2 nak kena kondem ngan kak lang ke...nnt antr en3 korang ye, ad mas nnt kak lang kondem lew...hahaha, ad beran?!


p/s: xde niat pun tuk melukakan hati sesiapa di bulan yang mulia ini...saje suka2 sbb xde idea nk wat en3, huhuhu

8/13/11

Tutorial Cara Invisible'kan Header

assalamualaikum...

Haaaa.... nampak tjuk tu x?!

sapa x nmpak mesti korang ponteng posa neh...bek ngaku cepat!

tujuan utama nak tunjuk korang cara invisible'kan header korang...nampak x kak lang punya header?! sapa nampak, errmmm mmg la korang ponteng posa da neh..

huhuhu...

tujuan sebenar en3 ni adalah untuk memberitahu, yang header blog ni xnmpak pun, ada...tp, entah salah setting kut...malas la, da la template ni 5 jam sekali tukar, asal boring je tukar, tukar je bila boring...hehehe, yela sbb xcntik, so tukar jela..

ok! da nmpak header blog ni kew?...ermmm xpe la abaikan

wasalam~

8/5/11

Kerajaan Selangor Beri Bonus Duit Raya 2011 Sebanyak RM 500

assalamualaikum...

Amboi, raya sakanla penjawat awam negeri Selangor tahun ni ye sebab diberi RM500 duit raya...jom baca di bawah ni~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...